
Video rakaman seorang kanak-kanak perempuan yang menari di sebuah majlis perkahwinan kini menjadi sensasi selepas tersebar di laman YouTube.
Tidak banyak info yang diperolehi mengenai kanak-kanak itu, namun rata-rata komen penonton menjangkakan bahawa dia berusia sekitar empat tahun.
Salah satu komen dari laman tersebut menyatakan bahawa dia merupakan gadis pengiring untuk majlis perkahwinan ibu-bapanya.
Keyakinan dan gaya tariannya sewaktu diperdengarkan lagu ‘Baby’ dan ‘Gangnam Style’ bukan sahaja memikat para tetamu, malah mengundang pujian daripada penonton video tersebut.
Kecil-kecil sudah hebat menari, kalau besar nanti tak tahulah macam mana.
Oleh: ELZA
0 komentar:
Posting Komentar