Jumat, 31 Januari 2014

Hubungan Syamsul Yusof Haslam Kini Pulih


Hubungan Syamsul & Yusof Haslam Kini Pulih
Hubungan Syamsul & Yusof Haslam Kini Pulih - Beberapa minggu lalu Mynewshub.my ada melaporkan yang hubungan di antara pengarah muda, Syamsul Yusof dan bapanya, Yusof Haslam sedikit regang gara-gara terdapat perselisihan faham.
Namun, semalam menerusi ruangan BiPop Berita Harian, Syamsul ada menulis yang dia memohon kemaafan di atas segala kesalahannya dengan begitu terperinci sekali.
Dengan tajuk artikel berkenaan ‘Papa Maafkan Aku’, Syamsul ada memberitahu yang dia tidak mampu berkata-kata apabila menatap wajah ayahnya yang semakin dimamah usia.
Sementara itu, Yusof Haslam yang diminta mengulas tindakan anaknya itu, berkata mungkin apa yang berlaku selama ini adalah perselihan faham saja.
“Saya gembira kenyataannya menjelaskan tiada lagi masalah antara kami.
“Ia pengakuan ikhlas anak terhadap ibu bapa dan saya menghormati tindakan beraninya itu,” jelas Yusof yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.
Kini segalanya telah selesai, semoga apa yang terjadi ini akan membuatkan hubungan Syamsul dan bapanya semakin erat. – MyNewsHub

Kamis, 30 Januari 2014

Kumpulan Desain Lampu Lalu Lintas Yang Paling Inovatif

Kumpulan Desain Lampu Lalu Lintas Yang Paling Inovatif

Dengan kehidupan yang semakin sibuk, banyak orang yang cenderung mengabaikan hal-hal kecil seperti menerobos lampu lalu lintas.

Lampu lalu lintas sudah diadopsi di berbagai kota dunia. Dengan berbagai macam bentuk dan inovasi, serta warna lampu yang diakui secara universal. Berikut kumpulan desain lampu lalu lintas yang paling inovatif.

1. Projected Traffic Light
Projected Traffic Light
Alat ini memproyeksikan gamabr penyeberang jalan ketika lampu menyala. Desain ini bertujuan untuk meningkatkan kesadaran pengguna jalan untuk berhenti di belakang garis.

2. Droplet Traffic Light
Droplet Traffic Light
Lampu lalu lintas futuristik ini dilengkapi tenaga surya, serta menampilkan informasi cuaca dan berita.

3. LED Traffic Light
LED Traffic Light
Dengan dilengkapi lampu LED yang hemat energi, membuatnya menjadi tahan lama. Desainnya lampu lalu lintas ini juga elegan dan modern.

4. Mobius Strip Traffic Light
Mobius Strip Traffic Light
Desain lampu lalu lintas ini bertujuan untuk mengurangi kekacauan dan gangguan pandangan di jalan, serta menggabungkan fungsi lampu lalu lintas dan lampu jalan.

5. Hourglass Traffic Light
Hourglass Traffic Light
Lampu lintas satu ini menunjukkan waktu dalam bentuk jam pasir yang unik.

6. UniSignal Traffic Light
UniSignal Traffic Light
Desain lampu lalu lintas ini bertujuan untuk membantu pengendara yang buta warna, dengan betuk yang berbeda, pengendara dapat membedakan lampu mana yang sedang menyala.

7. Countdown Traffic Light
Countdown Traffic Light
Lampu lalu lintas inovatif ini menunjukkan waktu bukan dengan angka, namun dengan putaran penghitung mundur yang keren.

8. Dynamic LED Traffic Light
Dynamic LED Traffic Light

Lampu lalu lintas ini menggunakan LED yang hemat energi serta menggunakan berbagai macam bentuk bagi mereka yang buta warna dengan tampilan yang futuristik.

Mana yang menurut Anda paling inovatif?

Rabu, 01 Januari 2014

KHIDMAT MASYARAKAT ADAKAH ANDA KENAL MUKA PENCURI PENCURI INI

Bantu!

Adakah anda kenal dua orang penyagak meleis di bawah? Jika ya sila bantu Cik Ranimah Mohd Ramli menangkap mereka. Anda bolehmenghubungi Cik Ranimah melalui Facebook beliau. So orang Seri Kembangan, anda pernah nampak perompak-perompak muka tandas ini?



Laporan asal Facebook Ranimah Mohd Ramli
Sumber BlogSerius

Doktor Palestin Hospital Gaza boleh cakap loghat Kelantan

sinarharian
11 Disember 2012
GAZA CITY - Siapakah yang tidak terkejut apabila ketika sedang melangkah masuk ke unit rawatan rapi As-Shiffa, antara hospital yang kini paling menjadi perhatian dunia kerana menempatkan penduduk Gaza yang cedera  dan meninggal dunia akibat serangan Israel, tiba-tiba seorang doktor Palestin menyapa anda, "Apa khabar?" dan terus berbual dalam loghat Kelantan.

Inilah yang dialami seorang wartawan Malaysia ketika terserempak dengan Dr Ahmad Al-Mughrabi, pakar bedah plastik berusia 35 tahun yang bertugas di hospital itu.
Dr Ahmad, yang ternyata begitu disenangi oleh pesakit di As-Shiffa, sebenarnya pernah bertugas secara sangkut selama empat bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan dan menyambut Ramadan di
Malaysia.

Doktor ini berkata semasa berada di Malaysia, beliau memberi ceramah di merata tempat tentang perkembangan di Gaza sambil mengumpul derma untuk dihantar pulang ke tanah airnya untuk membantu mereka yang memerlukan.
"Saya suka segala-galanya tentang Malaysia, rakyatnya, makanan dan  persekitarannya. Rakyatnya memang tidak lokek untuk memberi kerjasama.

"Saya juga rindukan makanan berempah, terutama yang dihidangkan di restoran India dan mamak. Makanan paling saya rindu ialah nasi biryani," katanya.
Dr Ahmad berkata doktor Malaysia dialu-alukan datang bertugas secara sangkut di sini memandangkan hospital di Gaza kekurangan doktor dan ubat-ubatan.
"Kami mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja yang ingin membantu. Ini adalah tanah air anda juga," kata doktor yang sentiasa berperwatakan ceria ini.

Beliau berkata ketika Israel melancarkan serangan selama lapan hari baru-baru ini, hospital itu menerima kira-kira 800 penduduk Gaza yang cedera dan sebahagian besar kematian berlaku di situ.
Sebelum meminta diri untuk menyambung tugasnya yang sentiasa sibuk, Dr Ahmad berkata: "Saya sayang Malaysia dan jangan lupa beritahu tentang pembunuhan beramai-ramai ini ke seluruh dunia."

As-Shiffa, kompleks perubatan terbesar dan merupakan hospital pusat di Gaza, terletak di daerah Rimal Utara, dan menjadi pusat media ketika Operation Cast Lead 2008-2009 serta serangan Israel terhadap Gaza baru-baru ini. - Bernama
◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Sesuatu