Tampilkan postingan dengan label perdana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label perdana. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

VIDEO Betapa Hormat Dan Kasihnya Perdana Menteri Turki Pada Bendera Negaranya…


SEJAK akhir-akhir ini kita lihat bagaimana tindakan biadap beberapa individu terhadap bendera Jalur Gemilang.

Mereka bukan saja tidak menghormatinya, bahkan sesuka hati cuba menukar bendera berkenaan kepada corak yang tertentu yang lebih menepati ‘aspirasi’ mereka.

Kami ingin membawa anda kepada kisah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Tahukah anda, Erdogan dikenali oleh para pemimpin dunia sebagai antara ketua negara yang cukup patriotik bila mereka bersama-sama dengannya dalam satu-satu persidangan antarabangsa.

Antara sikap dan ‘tabiat’ Erdogan adalah, beliau cukup prihatin dan sensitif dengan bendera negaranya.

Sebagai contoh, adalah menjadi kebiasaan dalam mana-mana mesyuarat pemimpin dunia, pasti akan ada sesi bergambar beramai-ramai untuk ratusan wakil media yang membuat liputan.

Selalunya ketika sesi tersebut, penganjur atau tuan rumah akan melekatkan bendera kecil di pentas bagi memudahkan para ketua negara mengambil tempat atau posisi masing-masing.

Di saat pemimpin dunia yang lain memandang enteng perkara tersebut, Erdogan pula bersikap sebaliknya.

Tanpa menghiraukan ratusan lensa kamera yang berada di hadapannya, Erdogan akan mengutip bendera kecil negaranya itu sebelum memasukkannya kembali ke dalam sut beliau.

Ternyata tindakan negarawan Turki ini menunjukkan betapa sayang dan kasihnya beliau terhadap negaranya itu sehingga perkara yang dianggap remeh itu, dilihat ‘besar’ oleh Erdogan.

Older Post ►
 

Copyright 2011 Sesuatu