Tampilkan postingan dengan label masa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label masa. Tampilkan semua postingan

Kamis, 04 September 2014

Pasangan Abadi Sepanjang Masa Ditemukan

INILAH.COM, London – Ahli menemukan tulang pasangan sedang bergandengan tangan di saat-saat terakhirnya. Pasangan berusia 1.500 tahun ini ditemukan di istana di Italia. Seperti apa?

Pasangan ini dikubur bersama di makam di dalam dinding istana di Modena. Para peneliti mengatakan, wanita tampak menatap penuh cinta pada pasangannya. Temuan yang ditemukan selama konstruksi ini diyakini berasal dari abad ke-5 atau ke-6.

Arkeolog sekaligus kepala penggalian Donato Labate mengatakan, “Kami yakin pasangan ini dikubur dengan keadaan saling menatap. Pasangan ini benar-benar menyentuh”. Menurut ahli, pasangan ini bukanlah dari keluarga kayak arena bentuk makam yang sederhana.

Temuan ini akan dipelajari lebih lanjut oleh antropolog Giorgio Gruppioni dari University of Bologna. Dalam studi tersebut, Gruppioni berupaya mengetahui usia pasangan ini, hubungan yang ada serta penyebab kematiannya seperti dikutip DM. [mor]
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumat, 20 Desember 2013

Shila Amzah tiada masa bercinta

Shila Amzah

BUKAN sekali dua dirinya digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan selebriti lelaki tanah air.

Selepas dikaitkan dengan Awi Rafael, Shila Amzah dikaitkan pula dengan pelakon popular, Johan As’ari.

Tetapi, bagaikan sudah lali dengan segala khabar angin itu, beliau kini hanya mampu tersenyum tatkala diajukan pertanyaan berhubung perkara itu.

Buat kesekian kalinya Shila yang pernah putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad menepis dakwaan itu dan menegaskan bahawa itu hanyalah gosip.

Tegasnya, beliau kini terlalu sibuk dengan nyanyian sehingga membuatkan dirinya tidak mempunyai sebarang keinginan untuk memiliki kekasih hati ketika ini.

Kata Shila, sehingga kini dia masih solo dan belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin atau terikat dengan sesiapa pun.

"Jodoh itu rahsia ALLAH, sama-sama doakan yang terbaik untuk saya.

“Lagipun,  saya bukan pencuri hati. Kalau milik orang lain saya tak nak usik dan dekat.

“Sama ada Johan atau naib Johan atau tempat ketiga, siapa pun jodoh saya,saya terima dengan seikhlas hati saya.. tapi bukan sekarang, fokus saya kerja dulu,” katanya menerusi laman Twitter.

Baru baru ini, peminat mula berspekulasi tentang hubungan mesra antara Johan dan Shila selepas gambar mereka berdua beraya bersama dikongsikan di laman sosial.

Tidak kurang juga para peminat yang tampil dengan teori bahawa Shila merupakan gadis pilihan Johan yang masih dirahsiakan identitinya sehingga hari ini.

Mengakui bimbang dengan gosip yang tersebar itu, Shila bagaimanapun berharap peminat tidak salah faham keakraban yang terjalin antara beliau dan Johan.

“Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham. Hubungan saya dengan Johan memang rapat dari dahulu lagi, Kami sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik.

“Jadi, tidak ada sebarang cinta antara saya dengan Johan, gambar yang tersebar itu pun diambil masa saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan Johan. Itu sahaja,” jelas beliau.
Older Post ►
 

Copyright 2011 Sesuatu